Langkah keselamatan ketika kebakaran berlaku

by - Tuesday, February 07, 2017

Pertama sekali,takziah kepada keluarga mendiang yang tidak dapat diselamatkan ketika kejadian kebakaran rumah USJ semalam. Mungkin tak ramai yang mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika kebakaran berlaku,maka dengan pengkosian ini diharap dapat memberi idea tentang perkara yang perlu dilakukan ketika kejadian dan cuba atasi panic attack yang dihadapi.

  1.  MEMBERITAHU ORANG LAIN- Segera beritahu orang lain di rumah jika tanda – tanda kebakaran terlihat di rumah Anda, misalnya ada percikan api yang membesar. Jangan tunggu hingga alarm pada detektor asap berbunyi. Saat api mulai membesar, usahakan untuk bergerak keluar dan bukan mencuba untuk lari ke kamar atau ruangan lain dalam rumah yang dipenuhi asap atau api.
  2. PERIKSA PINTU - Api dapat timbul dari balik pintu yang tertutup tanpa terlihat. Maka, hati – hatilah dalam melewati pintu untuk menyelamatkan diri.  Pastikan untuk memeriksa setiap pintu sebelum membukanya, caranya dengan meletakkan belakang tangan anda pada permukaan pintu dan tombol pintu. Jika anda merasa panas, jangan buka pintu. Sebaliknya, cuba cari jalan alternatif untuk melarikan diri, seperti tingkap Jika pintutak terasa panas, buka pintu secara perlahan-lahan dan pastikan tidak ada awan tebal asap sepanjang jalan anda melarikan diri 
  3. MENUTUP WAJAH ANDA- Menutup wajah dengan baju atau kain basah bagi mengelakkan asap daripada memasuki paru-paru anda
  4. BERJALAN MERANGKAK ATAU MENUNDUK- Asap dan panas boleh merebak engan cepatnya. jadi jalan yang paling selamat ialah dengan merangkak.Ini bagi mengelakkan anda terhidu daripada asap
  5. MENUTUP PINTU- Setelah berjaya memasukki kawasan lain di dalam rumah anda,pastikan anda menutup pintu serta meletakkan kain di bawah pintu bagi mencegah asap memasukki ruangan bilik yang anda duduki

You May Also Like

2 comments