Recipe Egg Drop Soup by Khairul Aming

By anakdenesor - July 26, 2025

Ada menyatakan nama egg drop ini kerana cara telur itu dititiskan sedikit demi sedikit tetapi ade jugayang menyangkal bahawa egg drop ini dengan menjatuhkan telur sekaligus dan mengacau dengan cepat. Walau terdapat pencanggahan pendapat namun hari ini AD mahu kongsi kan cara membuat Egg Drop ala Khairul Aming.

Bahan-Bahan Egg Drop Sup:
  • 2 Pek Tofu Telur
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 2 kiub ayam atau sup stok ayam 
  • 4 cawan air
  • Garam dan lada putih secukup rasa

Cara-Cara Masak Egg Drop Sup:

  • Potong tofu telur kemudian salut dengan tepung jagung supaya masa menggoreng nanti tofu telur tersebut tidak melekat pada kuali.
  • Tumis Bawang Putih dan Bawang Merah
  • Masukkan 4 cawan air dan tambahkan 2 kiub pati ayam ayam. Dan letakkan separuh carrot yang dah dipotong dadu. Biarkan mendidih.
  • Bila carrot dan lembut masukkan tepung jagung dan air sedikit untuk pekatkan kuah.
  • Pecahkan 4 biji telur kacau-kacau kemudian masukkan dalam periuk. Tunggu 10 saat baru gaul supaya nampak ada texture telur.
  • Masukkan crab stick yang dah dicarik-carik dan juga cendawan (terpulang nak guna mashroom jenis apa) 
  • Tambahkan gula, garam dan minyak bijan secukup rasa.
  • Tambahkan hirisan daun bawang dan blackpepper bagi naik lagi bau sup
  • Last sekali masukkan tofu telur yang dah digoreng tadi.
Tapi AD nak pedas sikit jadi masukkan juga lada merah besar



Tadaaa..Resepi yang mudah dan senang. Sesuai dimakan di waktu demam juga.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments