[FOOD] Mala hotpot Alamanda
[FOOD] Mala hotpot ꘡ Baru-baru ini AD berkesempatan untuk merasai pengalaman untuk makan sambil berjalan (mungkin kedengaran sedikit tidak senonoh) di Alamanda.
Apakah itu Mala Hotpot?
Mala Hotpot adalah hidangan khas dari China yang terkenal dengan rasa pedas dan sedap. Mala Hotpot terdiri dari sejumlah bahan seperti daging, sayuran, dan makanan laut yang direbus dalam kuali yang berisi kuah pedas dan rempah ratus mala (campuran cili dan rempah).
1. Mala Hotpot berasal dari wilayah Sichuan di China. Di sana, hidangan ini popular kerana rasa dan kepedasannya yang membangkitkan selera.
2. Bahan utama dalam Mala Hotpot adalah daging dan ayam. Serta sayuran seperti daun bawang, daun ketumbar, dan cendawan juga digunakan.

Antara pilihan yang boleh diambil dan dicampurkan dalam hotpot. Harga setiap item berbeza beza dan ianya dibezakan dengan warna pencucuk. (ala macam kita makan sushi tu - harga bergantung pada warna piring sushi)


Bagi anda yang pertama kali datang kesini, pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah tentukan base anda. Base tu jenis hotpot yang anda mahukan. Terdapat 3 pilihan, kemudian pilih noodle yang anda mahukan dan akhirnya pilih item yang nak dimasukkan ke dalam hotpot tersebut.
AD mencuba walking cup mala dan normal mala hotpot. Sedap! tetapi pedas sangat. Set mala walking cup disertakan dengan air tau di bahagian pemegang tersebut. terus slurp je bila pedas.

Memang berbaloi datang kesini tau. Kalau anda singgah ke Alamanda cubalah mala hotpot ni. Jom layan short video yang AD sediakan.
19 comments
Pedas dia camana? Boleh bawak bincang tak? Orang tua macam uncle ni tak mesra pedas dah.... huhuhu
ReplyDeletepedas wak, saya makan pon berapi..rasanya tak sesuai
DeleteJangan tersalah slurp, makin pedas nanti
ReplyDeleteaah kak, lawak aritu sos termasuk sekali dlm air hahaha
Deletewah..menariks ni.. x pernah jumpa lagi...
ReplyDeletesedap tapi tu ah pedas sgt ha
DeleteInteresting dish, thanks for your sharing...
ReplyDeletethanks for reading
DeleteMany thanks for sharing these details about the food/dish..
ReplyDeleteAll the best Jan
thank you..
Deletesaya dtg melawat..:)
ReplyDeletehye ciknorr
Deletetakut tak tahan pedas makan mala ni tapi ramai dah makan and recommend. rasa terliur pulak tengok haha
ReplyDeleteklo utk merasa boleh la..sedap tapi tu la pedas.
Deleteada nampak hati tu someone buat review psl resto ni... ada kesempatan nnt bolehlah sy singgah dan try menu yg ada
ReplyDeletedie banyak cawangan tau..boleh cuba
DeleteLorrrrr kat alamanda ke.....adehh nampak nau akak dah lama tak pi alamanda. hish hish hish. Padahal bukan jauh no. Kena cuba ni. TQ AD
ReplyDeleteMacam pernah nampak ada blogger review juga. Menariknya tu banyak pilihan yang ada. Yang penting rasa pedas pedas yang membangkit selera tu kan.
ReplyDeleteAla.. baru nak cuba tapi kalau pedas memamng tak mampulah.. huhuhuhu..
ReplyDelete