[FOOD] KAFE KERETA API @ CAFE BELIBIS
KAFE KERETA API @ CAFE BELIBIS ꘡Keunikan kafe ini semestinya kerana ianya menjanjikan anda untuk merasai sendiri pengalaman makan di dalam koc kereta api. Ruangan ini terhad tau tapi jangan risau, jika sudah penuh anda boleh menjamu selera di luar koc tersebut. Kafe ini terletak bersebelahan dengan muzium Pekan, ha selepas menjamu selera boleh la anda ke muzium mencuci mata atau ber OOTD disana.
Kafe ini beroperasi bermula 8:30 pagi sehingga 6:30 petang dan ditutup pada setiap hari Isnin. Pelbagai juadah disediakan untuk sarapan pagi antaranya kuih-muih, nasi lemak, laksa, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Konsep makanan disini pula adalah self- service. Pilih dan bayar. Kafe ini telah mula beroperasi bermula Januari tahun ini.
Khabarnya, initiative menjadikan koc kereta api ini sebagai kafe adalah kerana ingin mengingatkan bahawa KTM (Kereta Api Tanah Melayu) pernah beroperasi sebagai salah satu pengangkutan awam di negeri Pahang.
Antara dekorasi di dalam kafe ini
Beginilah keadaan di dalam koc tersebut. Dengar-dengar, kereta api ini terdiri daripada Lokomotif KTM Class 22. Menarik bukan, tapi diingatkan bahawa kafe ni sentiasa full tau, dan limited sangat parking nya. Biasanya ramai akan parking di sebelah jalan yang menghadap sungai yang berseberangan dengan kafe ini. Ada yang berminat? Jom kita layan video yang sempat AD rakam ketika ke sana tempoh hari.
28 comments
These pictures are so incredible! It looks like such a wonderful experience.
ReplyDeletethe creation of beauty is art.
Salam....
ReplyDeleteMenarik...akak mati2 ingat kat KL..rupanya nun jauh kat Pahang
ReplyDeletenampak best lah AD. memang unik. teringin nak cuba pastu OOTD. hehe
ReplyDeletewah best lah AD. Makanan dia pun macam sarapan kat kg je. Tak pernah sampai lagi kat pekan.
ReplyDeleteuniknya kafe ini, Rasanya kena pergi lawat sini bila pergi ke Pekan.
ReplyDeleteuniknya kafe ni! Tengok gaya selalu full mesti sebab makanan dia pun sedap juga kan
ReplyDeleteWah menarik sungguh ni AD. Entah bila nak ke Pekan lagi, dah lama takde urusan di sana.
ReplyDeleteSedap suara AD kat video tu. Jelas.
Satu hari nanti kita mesti nak try jugak makan kat sini
ReplyDeletemenarik & unik...makanan pun nampak sedap..
ReplyDeletetu dia.. menarik betul tempat dia. mcm kat stesen keretapi gitu
ReplyDeleteUNik.... ada terbaca gak pasal cafe ketapi ni... tp x best nya sbb parking limited n dah viral ni memanjang la penuh je kan...
ReplyDeleteMenarik dan cantik tempatnya...
ReplyDeleteP/S: Syrup vanilla quaterpast tu sedap juga.. :)
Wah.. Uniknya kafe dia.. Semoga ada rezeki untuk ke sini..
ReplyDeleteMacam best je weh cafe ni.. nak ootd memang onz kat sini haha
ReplyDeleteWahhhh best! Nak g laa.
ReplyDeleteHello. :) I want to follow you. My blog account; Mor Düşler Kitaplığı
ReplyDeleteI'll be very happy if you would like to follow me too. :)
unik..dulu ada terlihat yg kapal terbang..ni ketapi...tapi kalau tibe2 ketapi ni bergerak cemane cemane hahaha
ReplyDeletewahh!! menariknyaaaaa konsep kafe dlm kereta api! boomark dulu & untuk rujukan nti ehehehe
ReplyDeletesuasananya jadi spesial karena dalam gerbong kereta. Patut dicoba
ReplyDeletesyoknyaaaaa teringin jugaaaakkkk nk ke siniiii
ReplyDeleteAD sihat ke tuuuu
ReplyDeleteWah menarik betul ye makan dalam keretapi..boleh try juga nanti nih :)
ReplyDeleteMacam best je cafe ni...
ReplyDeleteMenarik konsep kafe dalam keretapi.
ReplyDeletecantik sgt & unik... konsep yg fresh...
ReplyDeletecantik kak kafenya. best buat OOTD. ada nilai sejarah.
ReplyDeleteSangat menarik ni AD, lain dari yang lain tarikan dia. Jauh pulak nak ke Pekan tu. Tapi kalau terlajak ke Pekan, kira wajib singgah ni. Tempat bergambar menarik pun ye selain makanan yang sedap sedap.
ReplyDelete