Biskut chocolate chip confirm jadi
Biskut chocolate chip ꘡ Biskut ni dapat ilham daripada biskut Famos Amos..tapi yang bestnya resepi ni kita boleh control rasa manis yang ada dalam biskut ni.. Sedap seakan famos amos. So apa tunggu lagi jom kita terjah. AD buat biskut ni masa raya aritu, sekejap je dah licin anak buah sapu makan. Resepi ni daripada siraplimau.com
1. BAHAN A: KACAU RATA
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
- 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. TAMBAHKAN BAHAN B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)
3. SEJUKKAN ADUNAN
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. SEDIA DIBAKAR
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. MASUKKAN DALAM OVEN
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
23 comments
Memang ketagih makan.
ReplyDeleteBoleh cuba untuk projek duduk rumah.
betul tu..ni buat ni anak buah je hadap..die habiskan
Deleterajinnya buat biskut.. nanti boleh lah pinjam resepi.. nak merasa juga biskut tu rasa macam mana.. confirm sedap! hehehe
ReplyDeleteahahha sila cuba..ni first time buat terus jadi..insyaallah menjadi
Deleterajinnyaa!!! tapi bestkan klu rajin buat cookies ni.. i tak buat sbb i cepat naik badan.. hahaha
ReplyDeletedugaan weh..bende manis cepat la habis..sama la badan da berat hahaha
Deletetau xpa.. sbb tu takpala.. biar oven duduk dalam kotak hahaha
Deleteaida ada tau simpan resepi biskut chipsmore.
ReplyDeletehmmmm lama da, tapi tak pernah try ha ha ha ha :)
ari tu raya, konon nak buat, nan hado!
tu la kan. biskut ni simple.
kita boleh kawal rasa dia, jgn terlebih manis kan.
jadik kudapan anak-anak di rumah.
sama la aida..ni buat pon sebab da lama terperap resepi die..hahah seb bek try menjadi hihihi...
Deleteaah betul,kite boleh kawal manis die tu
yes! resepi ni confirm jadi, suka tambah almond flake juga, sedap..
ReplyDeleterajinnya membiskut sedap tu
ReplyDeletemacam senang jer nak buat..
ReplyDeletecuma memamg saya tak akan buat punya hehehehe
I love this recipe 😊 thanks for your sharing 😊
ReplyDeleteAntara biskut yang sedap ni. Saya suka aroma biskut yang sedang dibakar dalam oven. Rasa tak sabar nak makan.
ReplyDeletetempting sungguh dik!
ReplyDeletemacam best je !! boleh buat berapa bekas dah ni , makan confirm tak boleh stop dah hehe
ReplyDeletewah...nampak sangat sedap...boleh la buat kudapan time pkpb ni...
ReplyDeleteresepi nampak mampu untuk dicuba buat. musim pkpb ni, boleh test drive skill baking ni :-)
ReplyDeleteNampak sedap! boleh try ni😋
ReplyDeleteSedap tau kalau buat biskut sendiri kan. Seronok buat biskut menjadi. Sedap memang terlajak laku.
ReplyDeleteBoleh try ni. Elok lagi dari makan jajan jer kan...
ReplyDeletebiskot cemni mmg cepat je laju habis.. kanak2 lagi suka..
ReplyDeletekadang2 tu dok tngk tv nak ngap benda.. tau2 habis hehe..
Adoilah.. bak pinjam sikit kerajinan tu.. hehehe..
ReplyDeletesedap biskutnya..