Nongsa Neptune Regatta 2019 saksi kepada keindahan kepulauan Riau, Indonesia

By anakdenesor - Monday, February 18, 2019

Nongsa Neptune Regatta 2019 | Kepulauan Lingga,Indonesia, Desa Batu Belubang menjadi saksi kepada acara Nongsa Neptune Regatta 2019. Ianya merupakan perlumbaan kapal layar yang terbesar di Dunia! dan merupakan satu satunya perlumbaan yang melintasi garisan khatulistiwa. Perlumbaan pelayaran ini  bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina pada latitude (N 01 ° 11'.86 "& E 104 ° 06'.00").


  

 Terdapat beberapa kategori bagi perlumbaan ini iaitu pedigree yacht, motor yacht dan family cruiser yacht. Pertandingan ini bersaksikan keindahan daripada kehijauan warna laut serta panorama yang pastinya memikat jiwa para yatcher. Pada kali ini, penduduk desa Batu Belubang telah diberi kesempatan untuk mengendalikan upacara perasmian pada 7 Februari 2019 bagi meraikan para sailing yang terdiri daripada beberapa negara seperti Kanada dan Australia.



Acara dimulai dengan paluan kompang sepanjang laluan jeti sebagai simbolik menyambut kedatangan mereka. Acara diteruskan dengan bacaan doa agar majlis tersebut diberkati diikuti dengan kata-kata aluan daripada Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi. Seterusnya mereka dipertontonkan dengan persembahan seni silat daripada warga desa Batu Belubang. Tujuannya ialah ingin mendedahkan para pelayar dengan adat resam  dan budaya kerajaan Lingga Riau seluas yang boleh sesuai dengan peribasahasa "Biar mati anak,jangan mati adat" 

Tarian tradisional lebih dikenali sebagai tarian menyambut tetamu menyusul setelah persembahan seni silat. Tarian ini dipersembahan oleh anak cilik warga tempatan, walaupun masih di awal usia namun persembahan daripada mereka seakan sudah lama berkecimpung dalam bidang tarian ini, ternyata benarlah adat resam masih terpelihara di bumi Lingga.





Bagi memastikan acara perasmian ini mendapat liputan yang meluas, para media daripada Indonesia, Malaysia dan Singapura juga dijemput hadir. Ternyata kehadiran para media yang berbilang negara memeriahkan suasana di majlis tersebut. Para pelayar dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, ikan bakar jebong beserta air kelapa antara juadah yang disediakan. Ternyata ada segelintir para pelayar yang mempunyai citarasa seperti kita, sukakan pedas kerana AD sempat bersapa mesra dengan mereka.  


Setelah menjamu selera para tetamu berpeluang untuk menyertai acara joget sebelum mereka dibawa mengelilingi kawasan kampung dan melakukan aktiviti bersama penduduk tempatan seperti perlawanan sepak takraw dan volley ball.

Memetik kata ulasan daripada Kepala Dinas Pariwisata, Kepemudaan dan Olahraga Kabupaten Lingga, Raja Fahrurazi "Perjalanan mereka ini sangat strategik sekali bagi perkembangan para wisata kg batin lingga kerana kg batin lingga ini dulunya merupakan central kerajaan melayu Riau lingga, Johor, Pahang. Jadi Singapore, Malaysia dan Johor itu adalah sebahagian daripada Lingga itu sendiri. Jadi sekarang ini bagaimana caranya seperti kata pepatah "Pinang balik ke tampuk,sirih balik ke ganggang"

Semua zuriat yang berasal daripada Riau Lingga ini dapat berkunjung dan kembali untuk melihat bonda tanah melayu yang terkenal dengan pantun nya

Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.



 

  • Share:

You Might Also Like

28 Comments

  1. Rindu pulak nak makan ikan jebong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ritu mak kite cakap zaman die dlu harga 40sen je tau ikan tu

      Delete
  2. rindu pada angin lingga dan ikan ayam-ayam tu (jebong)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu pada lautnya..view tu yang mahal..hahaha kan best ikan tu kan

      Delete
  3. Rasa macam nak pergi mandi pantai tapu kat sini mana yang secantik kat sana yer huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aia aritu mndi air terjun tak puas kr..hahaha..nak dapat view hijau laut tu yang payah tu klo kat sini

      Delete
  4. bestnya, ni trip yang pegi indon hr tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah yg trip pergi indon aritu..ni acara rasmi die..nnti details perjalanan dalam 2nd post hehe

      Delete
  5. Bestnya dapat pergi sini.. Macam-macam aktiviti dapat thkdekat tempt org

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ni baru perasmian kak sha..gambar holiday tak up lagi..lagi cantikk

      Delete
  7. Bestnye dapat pegi. Tengok kwn2 post gambar cantik2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak join aritu..ade hal yea..betul..gambar kat sana automatik jadi cantik tau

      Delete
  8. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. wah seronoknya berpeluang saksikan acara berprestij tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah diberi peluang..bukan selalu dapat tu..rezeki

      Delete
  10. kalau ada rezeki nk jg dtg ke sini nnt

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. batam,indonesia..nnti ada masa bole pergi ejul

      Delete
  12. Manisnya anak-anak gadis berkebaya merah tuh

    ReplyDelete