New year's resolutions - 2022 ꘡ Goodbye 2021, Hello 2022. Macam-macam berlaku pada tahun lepas tapi yang paling AD tak boleh lupa ialah bila perumahan AD pon turut kena banjir. AD cuti December lepas jadi memang pulang la ke kampung. Kawasan perumahan AD tu tinggi juga tau kawasan nya. Biasanya klo banjir pon air takkan naik ke kwsan kami, tapi kali ni terkejut AD, penangan hujan tanpa henti 3 hari, air naik mendadak. boleh dikatakan 20% je selamat di perumahan AD ni. Alhamdulillah AD terselamat tapi memang tido tak lena sbb risau air naik ke rumah pulak. Kami memang dah terkepung. Api pulak 3 hari berturut xde..Tidur la dalam kepanasan, masak nasi pon atas dapur.
Selepas banjir pulak harga makanan mencanak naik, dah tu sumber makanan susah nak dapat. Mujur la AD sempat restock sebelum banjir. Memang pengalaman pertama bagi AD la. Masa tu dok pk kereta je, harap Romeo(kereta) selamat la.
Yang ni air ni dah nak menuju ke rumah AD dah
THIS YEAR I WILL...
Start a new habit :🌺 Workout at least 3x seminggu.
🌺 Mengaji setiap hari walaupun surah pendek
Read a good book:🌺Goodreads goal tahun ni 80 buah buku. (current read: 5/80)
Learn a new skill: 🌺 AD plan nak belajar buat kek pula.
Break a bad habit:🌺 AD selalu delay untuk update IG bookstagram dengan Blog. Harap lepas ni
no more delay lah.
Itu jelah yang sempat AD fikir buat masa sekarang. Kene consistant at least 3 bulan untuk dijadikan habit baru. So apa pula new year resolutions untuk anda? Meh la share skit.