[FOOD] Fatbaby Ice-cream ꘡ Ada penggemar ice-cream tak disini?Angkat kening kalau ade 👀 LOL. Sebenarnya kedai ini AD discover secara tak sengaja. Masa tu parking betul-betul dihadapan kedai ini sebab nak pergi ke Fowlsboys. Anda boleh baca DISINI.Kedai ini telah beroperasi lebih kurang 5 tahun.
Pelbagai perisa anda boleh cuba disini. Antara perisa yang memang kegemaran pelanggan adalah Crunchy salted caramel, honey i'm home, Belgian choclate dan mcm2 lagi. AD suka fatbaby ni sebab harga nya yang murah. 1 scoop baru RM8 dan rasanya yang sedang elok je untuk tekak AD. Kemanisan die seimbang tau,tak terlalu manis compare to inside scoop, this one is better.
Lihat saja menu di bawah, murah tau. 1 pint tub yang 475ml hanya RM30 tau. Mereka juga menyediakan weekly special dimana perisa yang mereka keluarkan akan bertukar setiap minggu. Pelanggan akan merasai perisa yang baru setiap minggu jadi tak la bosan kan.
Lihat sahaja pilihan ice cream disini. rasa macam nak cuba semua je.heheh
Disebabkan tergoda akhirnya AD pilih 1 pint tub terus. Pilihan AD adalah "Honey, I'm home." Then AD add on dengan Brownies bite. Iyea, anda boleh add on topping lagi. Antara topping yang tersedia ialah:
- WAFER
- MERINGUE KISSES
- BROWNIE BITES
- MERINGUE NEST
Mereka juga menyediakan servis delivery tau. Anda boleh order melalui BeepIt! Menarik bukan. ha tunggu apa lagi. Kot la ada yang nak merasa. Order saja.