Cosmodem Vitamin E Review

Hye all.. Semoga sentiasa sihat,yang mana akan bekerja esok AD ucapkan selamat bekerja. Okay harini AD nak story sikit mengenai Vitamin E cream daripada keluaran Cosmodem. 


Disclaimer: Ini bukan review berbayar

Harga asal RM 20.90 time beli ni promosi dapat RM15 untuk 50ml. 

Cosmoderm Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil contains 24 ingredients. It's free of harmful alcohols, allergens, gluten, sulfates and parabens. But we have found comedogenic components, fungal acne feeding components, silicones, polyethylene glycol (PEG) and synthetic fragrances. (Sumber:Internet)

Ingredients: 
Aqua, DL-Alpha-Tocopherol, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Dimethicone, Isopropyl Myristate, Stearic Acid, Glycol Stearate, Capprylic/Capric Triglyceride, Cetearyl Alcohol (and) Cetereath-20, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Phenyl Trimethicone, Phenoxyethanol, Sorbitan Caprylate, Hydroxypropyl Methylcellulose, Fragrance, Triethanolamine, Carbomer, BHT, Rosa Canina (Rosehip) and Hyaluronic Acid. (Sumber:Internet)

My Review
Kisahnya semenjak masuk dunia 3series ni tetibe hormone buat hal..sebelum ni tak pernah ada masalah jerawat, sekarang ada je muncul. Dah la kulit AD ni jenis sensetif, parut jerawat tu akan bertukar jadi warna hitam and nak hilang punya la lama dek oii..tak larat nak tunggu. So gegeh la AD dok cari krim yang boleh memudarkan jerawat dengan pantas. Based on the reviews, keberkesanan krim ni sangat memuaskan. Oh  ya, krim ni sesuai untuk kulit muka normal to oily. Baru je lagi AD guna krim ni. AD start pakai 25/4 tapi sekarang dah boleh nampak perbezaan dia. Baru lebih kurang seminggu guna parut di muka kelihatan pudar dan makin cerah. See the pics below.



Texture
Texture krim ni yang light dan cepat meresap, so tak payah risau kalau nak make up kulit muka terlebih minyak kan dan yang paling best tu lepas pakai krim ni nampak kulit glow glowing gitu. Tapi jangan la letak banyak sangat sat g boleh buat minyak masak die punya berminyak tu..heheh. Krim ni AD pakai selepas gunakan toner dan waktu malam..sebab siang AD guna The ordinary punya produk, saja malas nak campur. Bila pakai malam, pagi tu bila bangun tidur, kulit rasa best giler..soft je tau..rasa macam elastic giler kulit.

Bau
Bau yang menyenangkan, wangi mungkin daripada Roseship oil.

Rating
 

AD akan update lagi selepas sebotol ni habis untuk tengok keberkesanan nya nanti. 
Until Then ~`XOXO~~v






32 comments:

  1. Tertarik bila kata ada rosehip oil

    ReplyDelete
  2. Good review 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  3. Wah aah la memang nampak jelas bezanya.. dah nak masuk 3 series kolagen kulit makin kurangggg sangat2. Plus kulit senang nak dry and flaky eventhough sebelum ni kita jenis oily or combination. memang kena extra moisturise sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru seminggu guna..nnti nak update sebulan guna pula...
      Ha betul tu sis..ni da start flaky da ni..menyampah hahaha tu yang kena cari moisturizer yang elok sikit..heheh..

      Delete
  4. Cosmoderm antra jenama bagus, my mom pernah guna jenama ni masa muka burnt out..memg pharmacist suggest brand ni untuk pulihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..brand ni mmg popular, reviews ramai yang cakap ohsem pkai cosmodem ni..tu yang berani nak pakai ni...sekarang muka macam mana?elok da ke

      Delete
  5. bila dengar x berminyak tu mcm best. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kita takmo muka jadi berminyak sangat kan. Terlebih minyak pon tak best jugak

      Delete
  6. vitamin E mmg bagus utk kulit..akk guna yg minyak rosehip brand garden of eden tu, mmg oily sungguh..guna waktu mlm je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa brand tu..selalu gak nmpk kat watsons ngan guardian tapi tak pernah cuba..yeake..nak try gak la..orang cakap oil lagi bagus

      Delete
  7. Semoga kulit wajah semakin cerah bebs dari jerawat 🙂.

    Termasuk cepat juga reaksi kosmetiknya, ya ...
    Baru saja seminggu sudah menampakkan hasil yang bafus di kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..terkejut juga bila baru guna seminggu dah nampak kesan.

      Delete
  8. Nampak laaa perbezaan dia
    Mesti seronok bila pakai produk yang berkesan dekat kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..baru pakai terus nampak kesan..tu yang excited tu..
      betul..tak payah susah susah cari produk lain dah

      Delete
  9. kite pakai cosmoderm jugak, tapi yg warna hijau..wee, oren ni ok jugak yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna hijau kalau tak silap yang ada tea tree kan.
      yang tu untuk kuit berminyak..tapi yang ni lagi best dari yang hijau..hehe

      Delete
  10. Pernah guna. Beli masa nak pi Haji tahun lepas.... pakai utk kulit.Ohh bagus ye AD, mungkin sebab ada Vit E tu kan agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah da ada rezeki pegi haji..alhamdulillah..tahniah...
      sebab ada vitamin E dengan ada rosehip oil tu..tu yang berkesan lebih

      Delete
  11. Wah cosmodem termasuk krim yang bagus ya kak, parut di muka lebih cepat berkurang dan kulit wajah terlihat lebih glowing

    ReplyDelete
  12. Seronok pakai bila kena dengan keadaan kulit kita. Dah nampak pudar tu parut. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru seminggu pakai da pudar..harap bila cukup sebulan kulit makin elok..heheh

      Delete
  13. Memang nampak ketara kesan dia..

    ReplyDelete
  14. seronok kan pakai produk yang memberikan kesan positif. belum pernah guna produk cosmoderm lagi.

    ReplyDelete
  15. Bagus produk cosmoderm ni 👍

    ReplyDelete