Yeayyy! Finally da complete reading goal! AD cuba untuk habiskan challenge ni sebab 2018 dengan 2017 tak pernah nak habiskan goal hahaha..terok nau kan. So yeah this year AD cuba mengotakan new year resolution for this year. Akhirnya berjaya juga capai target,AD cuba cari buku yang kena dengan genre AD which is bukan romance more to fantasy and adventure. 

Mai kita tengok antara titles yang AD baca tahun ni. AD juga mix antara ebook dengan physical book,sebab kekadang ada masa bila AD travel,AD tak suka bawak buku sebab nnti jadi berat, so AD akan baca ebook and buku yang AD baca mostly English book. Main reason sebab english book lagi kena dengan citarasa AD.

  Antara buku yang AD baca tahun ini. Actually banyak lagi buku kat rumah tu tapi tulah xde masa lagi nak baca. Buku yang pinjam pon banyak ha. Gatai tangan nak pinjam lagi kan hahah.😅 AD guna goodreads untuk track buku yang AD baca sebab die boleh track page berapa yang kita baca, boleh letak wishlist buku yang kita nak baca, boleh baca reviews orang pasal buku. Hope AD akan dedicated la teruskan usaha membaca ni😜
Biasanya kalau sebut pasal harum manis akan teringat buah harum manis yang terkenal di perlis tu kan. Haaa tapi arini AD bukan bercakap pasal harum manis buah, tetapi Harum Manis ini merupakan sebuah restoran yang terletak di Setia Alam. Okay apa yang best sangat pasal restoran ini?

Alamat:
36-G, Jalan Setia Utama AS U13/AS, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi:
12pm-10pm

Restoran ini merupakan restoran masakan indonesia. Owner kedai ni berasal daripada indonesia. Meyediakan servis booking sebelum datang,mudah bukan. AD selalu pergi time bulan puasa dlu..so sebelum datang tu da siap booking untuk berapa orang dan makanan ape..seronok tau..servis kedai ni memang terbaik lah. Owner yang friendly and staff yang cekap gituw. **heee baru sekarang ada masa nak buat review ya ampunn hahah. Cozy je bila berada dalam kedai ni.




 Masakan die SEDAPPPP! rugi tau kalau tak cuba dan of coz harga amat berpatutan. Starting daripada 8.50 untuk nasi sangat la berbaloi. Okay jangan risau,nmapak sambal merah menyala macam pedas amat je kan, tapi sebenarnya tidak. Secukup rasa je so kalau ada yang tak kuat pedas bole juga cuba untuk makan. Mungkin sebab itu ramai juga customer daripada kaum cina yang datang kesini. Tunggu ape lagi guys kamon! serbu cepat 

friendly sangat owner ni

 


Hi all,
Since keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil, plus makan kat ofis tak  sedap so AD mengambil inisiatif untuk membawa bekal! yeah bekal!! Bermula la sesi google bagi mencari idea. Memandangkan AD hanyalah amatur cewah, so AD buat bekal yang simple jela. So far ni je yang AD mampu buat. Nanti kalau rajin kite buat bentuk yang lain pulak yea.

Tadaaaa..okeh AD letak seaweed sebagai mata dan mulut die..hahah.simple dan senang nak buat.

Bahan-bahannya:
  1. telur
  2. crab stick
  3. tepung serbaguna adabi
  4. sayur salad
  5. beras sumo
  6. ayam 
Caranya:
 Masak nasi, AD guna beras sumo sebab suka die sticky then bila da masak campur dengan sedikit cuka untuk menambah rasa. Sedikit saja tau,kita nak buat nasi kepal bukan nak buat sushi..heee

Then AD gunakan 2 biji telur untuk membuat telur dadar. Then nasi yang dah siap masak tadi dikepal dan dibentuk empat segi dan dibalut dengan telur dadar yang kita buat tadi tu.

Meanwhile untuk crab stick dan ayam, AD salut dengan tepung serbaguna adabi dan goreng macam biasa dan hias dengan salad..

Senang bukan..so guys apelagi..jom le buat sekali..maaf la pertama kali cuba tu yang tak omei pon bento kite hahah..tak kisah janji sedap yeadok..chill