Grab VS Mycar

By anakdenesor - Tuesday, April 02, 2019

Grab VS Mycar |  Since AD hari hari menggunakan perkhidmatan awam so harini AD nak buat perbandingan antara kedua apps ini. Which one is better? Which one is suitable?

1. HARGA BERPATUTAN
In term of price Mycar lagi MURAH daripada grab. Macam AD,jarak daripada rumah ke ofis dalam 6km kalau menggunakan grab harganya RM10 kalau menggunakan Mycar harganya RM8. Mungkin akan ada orang cakap, alah beza 2 ringgit je..of coz AD berkira sebab mmg AD gunakan HARI HARI so mesti la kalau boleh nak cut bajet daripada spending too much kan.

2.PROMOSI
Okay, untuk promosi hanya grab sahaja buat masa ini menawarkan promosi..klo bayar menggukan e wallet harga akan berkurangan dalam RM3 atau RM4 tapi AD tak pernah pula cuba bayar guna ewallet ni..boleh cuba nnti. πŸ˜„


3.MATA GANJARAN
Buat masa ini hanya grab yang menawarkan mata ganjaran.Apa itu mata ganjaran? Okay setiap kali anda menggunakan perkhidmatan grab, setelai selesai perjalanan akan akan dikreditkan dengan mata gajaran, points. Kumpul points banyak banyak nnti boleh tebus dengan reward yang bersesuaian dengan points yang anda ada. So far AD baru 2x tebus..dapat la makan donut dengan set ayam texas..berbaloi ape..free je kanπŸ˜†

4. KELEMAHAN
Bagi AD kelemahan apps ini ialah diaorang tak menyediakan advance booking. Bg AD ianya salah satu function yang penting. Bukankah lagi senang jika ada option advance booking,tak perlu nak risau jika terlambat atau tiada grab pada waktu tersebut.Hopefully diaorang bole update sistem tu.

Then kelemahan bagi mycar ialah user interface die yang tak user friendly.Bagi AD ianya agak mengelirukan untuk first time user. Sebab tak tahu kat mana nak place order tu..pick up point dengan drop off point yang agak mengelirukan. So sila berhati hati bila gunakan apps ini ya. Selain daripada itu, AD juga perasan semasa menggunakan mycar, maps die tak tally dengan current location. Dalam passager punya map, kereta(driver) masa nk pick up tu statik je..means kereta tu x bergerak. Estimate masa pon sama tak bergerak, then suddenly daripada 8 minit tetibe kereta da arrive depan mata..sangat la x suka bila macam tu. Bukan passanger juga yg berhadapan dengan masalah ini,malahan driver pon sama..jadi harap pihak mycar dapat la hupdet sistem yea.



So far itu jela yang AD dapat simpulkan sepanjang AD menggunakan kedua perkidmatan awam ini..anda bagaimana?please share your opion juga okay.

  • Share:

You Might Also Like

20 Comments

  1. Tak pernah cuba dua-dua lagi. Or maybe pernah kot guna Grab tapi adik saya ordered the ride. Tak pasti. Kalau e-hailing ni, saya pernah guna Uber je. Uber ada advance booking option which is sangat menyenangkan hidup. Sayang Uber dah takde dekat Malaysia :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!sayang sgt dah xde..persaingan sengit kot..skrang dengar da makin ramai grab driver yang tarik diri..semua nak berenti katanya..makin susah la pasni

      Delete
  2. anum pernah cuba grab sahaja
    bagus dan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..cepat pastu user interface senang je nk guna

      Delete
  3. Kalau hari2 guna tinggi juga kosnya.
    Kena cari kenderaan sendiri

    ReplyDelete
  4. dua2 akak tak tau sbb tak pernah guna perkhidmatannya huhuhu... sadis kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe..ade kenderaan sendri takpe..kite xde kne guna ni huuu

      Delete
  5. kita tak pernah lagi guna mycar...kalo ke kl, biasa guna grab aje, sebelum ni ada uber tapi da jadi grab jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dah merge jd grab juga tapi tu la..uber ade advance booking,grab xde huhuhu

      Delete
  6. belum pernah try mycar..sbb jrg guna, maybe stick to grab je kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klo da biasa grab, better guna je grab terus heee

      Delete
  7. betul.. kalau ada advance booking lagi best. lepas tu kalo diorang takut customer cancel suruh je bayar siap2. buatla advance booking tu hanya dibayar online bukan cash. pastuuuu kalo driver yg tak mai.. driver kena bayar double kat customer ahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah menarik gak idea tu kan! driver xde tu yang payah..knpe la x buat advance booking..klo ada kan menyenangkan kje..bole set masa pukul berapa semua..hope sgt depa buat balik

      Delete
  8. Dua-dua tak pernah guna.. dah lama tinggalkan pengangkutan awam nie..

    ReplyDelete
  9. Dua2 belum pernah guna πŸ˜‚πŸ˜‚ rasa ketinggalan zaman jap haha

    ReplyDelete