GENTING HIGHLAND, GERBANG PERCUTIAN ANDA!

By anak denesor - Monday, December 31, 2018

Cuaca Malaysia ni cuaca ala-ala tropika sikit kan, kadang-kadang tu panas, kadang-kadang suam dan kadang-kadang sejuk bila hujan. Tapi untunglah kita ada tempat yang sentiasa sejuk macam duk dalam aircond padahal takyah bukak aircond such as Cameron Highland, Genting Highland, Fraser Hill dan Kundasang kat Sabah. Tapi kali ni AD nak kongsikan info-info kat korang pasal apa benda yang best boleh korang buat kat Genting Highland, just in case kalau korang ada plan nak pergi bercuti kat sana. 

Suhu kat sini biasanya dalam bawah 20 Celcius. So tak payah nak susah-susah ke luar negara kalau nak rasa “ala-ala”macam musim sejuk Hehe. So antara tempat yang best kalau korang ke sini ialah Genting Skyway. Apa dia Genting Skyway ni? Dia adalah salah satu daripada 2 buah sistem cable car yang connect kawasan tanah rendah dan puncak Genting Highlands. Perjalanan kereta kabel ini start dari Gohtong Jaya dan berhenti separuh jalan untuk lawatan ke Chin Swee Temple. Korang boleh enjoy udara segar dan view yang indah sekitar Genting sepuas hati korang kerana jangka masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah dalam sekitar 15 ke 20 minit. Tapi tu depend kepada cuaca. 

Bila lagi nak cuba..cantik kan view..sumber encik google

Apa-apa pun be ready dengan temperature sejuk yang bakal korang tempuhi sebaik sampai ke puncak Genting. Untuk korang yang  bawak kereta dari KL ke Gohtong Jaya,tak perlu risau kat mana nak parking kereta, sebab ada sebuah bangunan 10 tingkat yang disediakan khas sebagai tempat meletak kereta. Just like Genting Skyway, naik cable car Awana Skyway membolehkan korang tengok keindahan sekitar Genting yang cukup memukau. Korang dapat tengok pemandangan resort dan banyak lagi tarikan lain termasuklah Twentieth Century Fox World Malaysia yang bakal siap tak lama lagi. 

Dengan speed 6 meter/saat,cable car ini mampu bawa 3,000 penumpang untuk pergerakan sehala dalam masa satu jam. Menyediakan 99 buah gondola standard dan 10 buah yang berlantai kaca, its up to u guys nak naik yang mana. Kalau tak kisah untuk bayar lebih, gondola kaca sememangnya interesting untuk dinaiki untuk kepuasan view yang meluas. Selain itu, korang juga dapat menikmati udara yang menyegarkan melalui tingkap khas pada gondola ini. Belum sampai ke puncak lagi, dah dapat merasakan aura kesegaran Genting. 

happy bee farm

Seperti yang korang semua tahu, banyak sekali khasiat kesihatan yang datang dari madu. Apa kata jika korang jejaki asal-usul madu ini dan macam mana ia diproses dari satu peringkat ke satu peringkat di Happy Bee Farm. Bukan itu saja, di Happy Bee Farm ini juga korang dapat belajar tentang cara-cara guna madu dalam pelbagai resepi masakan dan banyak lagi info lain yang menarik berkaitan dengan makanan sunnah ini.Bolehlah korang jadi specialist madu dalam family korang lepas ni. Selain ladang lebah, Happy Bee Farm turut ada tarikan lain yang dipanggil Insect World dimana korang dapat tengok pelbagai spesimen kumbang yang datang dalam pelbagai saiz dan warna yang sememangnya suatu pengalaman yang penuh ilmiah. Amacam ada gaya professor tak AD explain. Hehe. 

happy bee farm
insect world

Korang hardcore fan filem Hollywood? Sememangnya wajib untuk korang singgah ke Fox World Studio Store kalau dah sampai ke Genting Highlands ini. Trust me, masuk sahaja ke dalam kedai barangan merchandise filem-filem 20th Century Fox ini, korang tak akan dapat menahan perasaan excited yang datang tiba-tiba. Koleksi barangan yang terdapat di sini adalah daripada movie-movie yang menjadi kegemaran ramai seperti Night at the Museum,Planet of the Apes, Alien vs. Predator, Robots, Ice Age, Rio, Life of Pie dan sebagainya.Omaigaddd! AD mmg peminat Night at the Museum tau.

 
sumber google

Tahukah anda, bukan sikit collection yang ada di sini, dengan keluasan 3000 kaki persegi, kedai ini memiliki  hampir 700 koleksi barangan inspirasi filem-filem gempak hasil produksi 20th Century Fox. Awesome kan! Ada banyak lagi sebenarnya kat Genting Highland ni,agak agak kalau dah banyak tu mesti korang kena stay untuk beberapa hari kan. Korang jangan risau, Traveloka sedia nak bantu korang cari hotel in Genting Highlands dengan harga ikut kesesuaian korang. So guys, cepat-cepatlah ye book.

  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. Mcm seronok klu dpt bercuti sini :) Hehe, selalu juga survey Traveloka.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak ke sana. Nanti nak plan la ke GH

    ReplyDelete
  3. pernah sekali je ke sana. tu pun main indoor je. huhu

    ReplyDelete
  4. Genting nie setakat sekali lalu je.. Tak pernah lagi betul-betul hang out dekat Genting nie..

    ReplyDelete
  5. hahah kite pon last pegi bila tah..tak igt da kak

    ReplyDelete
  6. Genting dah cantik sekarang. Mesti pergi lagi dan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! dengan outdoor and indoor game yang da upgrade..syok sgt

      Delete
  7. Lama tak turun Genting.. nanti nak repeat

    ReplyDelete