hello peeps!

AD sebenarnya dah pergi lama dah..cuma kali ni repeat lagi maklumlah dekat dengan rumah kan. Kebanyakkan kawan AD yang tggal di setia alam mostly da pernah hiking disitu tapi ada juga yang tak tahu kewujudan bukit ni..yeala tengah tengah kawasan bandar tetibe ada pula tempat nak hiking mesti tertanya tanya kat mana kan. Kawasan yang AD hiking ni dipanggil Peak Garden..

Okay,bukit ini terdapat banyak entrance route daripada A sampai E..Setiap route berbeza pemandangan dan berbeza length, tapi diigatkan agar berhati hati takot tersesat..ada kawan AD tersesat sampai 3 jam tak jumpa jalan keluar sbb die banyak sangat cabang jalan.Mujur dapat keluar juga.. Untuk trip kali ni AD start hiking pukul 7.30pagi sebelom tu da pack nasi lemak sebungkus dan air sebotol..heheh sebab nya da sampai puncak nnti boleh la breakfast kat atas tu..rmai juga yang melepak sambil makan kat situ. Kami berkumpul di club house dan bertolak bersama sama.

Dalam area 8.30 pagi kami sampai ke puncak..actually bole je smpai dlm 40 minit tapi sbb da lama tak hiking,kitwg jalan slow slow je sambil menikmati pemandangan..tapi sayang,sblh bukit ni terletak tapak kawasan perumahan yang sedang dibangunkan..so sad bila tgk sebalah kiri hutan hijau, tapi bila pandang sebalah kanan kawasan pembangunan..habis lapang kawasan..bilamana sibuk dengan pembangunan lupa tentang hutan hutan.


Antara trek semasa mendaki..tanah agak licin sebnarnya time tu, mungkin sbb hujan hari before tu. Salah satu punca kenapa kami slow slow je mendaki. Kami memilih untuk menggunakan route A masa mendaki dan route E semasa exit. Jauh juga perjalanan tapi disebabkan kami enjoy tak terasa penat pon masa tu.


Semasa berada di puncak kami bertemu group pendaki lain,mereka menceritakan mengenai Indon Village masih lagi. Disebabkan kami tidak pernah lagi sampai ke check point tersebut maka sebelum balik kami memutuskan untuk melawat kawasan indon Village tersebut. kalau tak silap AD laluan tersebut laluan C...dalam fikiran AD bila disebut Village menggambarkan perkampungan la kan..macam dekat kampung sendri..tetapi meleset. Meleset kerana apa?sebabnya keadaan indon village tu sgt menyedihkan...seolah olah kawasan rumah setinggan.. rumah beralaskan papan..I wonder how come they survive without electricity, without clean water..so sad...masih ada lagi orang yang kurang bernasib baik..sangat sedih..menyedarkan AD bahawa kita harus sentiasa bersyukur janganlah mengeluh kesah kerana masih ada orang yang lagi susah daripada kita.


Laluan daripada indon village ke exit point tak jauh mana..dalam 10 hingga 15 minit dah sampai ke exit point. Overall AD berpuas hati sebab dapat menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah..at least keluar sikit peluh..dan AD punya walking goal pada hari tersebut mencapai target.!yeayyy! Pada newbie atau baru nak berjinak jinak dengan hiking, anda boleh consider utk cuba hiking di bukit ni..tak terlalu susah..biasa biasa aja cuma berhati hati dengan pilihan laluan yang banyak..selamat mencuba!