ice-blended

Tgh hari panas nie kalo berbuka ngan ice-blended kan best.Lagi2 coklat.perg.mmg best lah.
nak tau caranye?
jom kite lihat.

Bahan-bahan (untuk 4 orang) :
4 sudu besar serbuk koko 

2 sudu besar serbuk milo
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu cair ideal (tin warna pink)
secukup rasa susu pekat
sedikit air panas
krim putar
chocolate chip 
ais kiub

Cara penyediaan :
Campurkan bahan-bahan serbuk koko, milo, vanilla, susu cair dan susu pekat bersama sedikit air panas dan kacau hingga sebati kalo x nanti die berketul-ketul tau. Sediakan blender dan masukkan ais kiub di dalamnya bersama campuran koko tadi.  Tuang di dalam gelas dan letakkan krim di atasnya dan taburkan bersama chocolate chip dan serbuk milo. 


inilah hasilnye yg dibuat sendiri..sedappppp..
ice-blended nie name nye "ice-blended spontan"hihihi







You Might Also Like

4 comments